Ringkasan Diet

Entry ni Aimi buat sebagai summary untuk bab Kalori & Weight Loss. Kalau awak belum baca lagi topik-topik dalam bab Kalori & Weight Loss, awak kena baca dulu sebelum baca entry ni. Sebab Aimi tak nak awak blur or confuse.

  • Cerita Kalori
  • Kalori..Teman Karibmu
  • Kira-kira Kalori
  • Berapa Kalori Aku Perlu Untuk Kurus
  • Calorie Allowance
  • Kurus Cara Diet DapurSihat

So by now, sepatutnya awak dah familiar dan faham beberapa istilah asas dalam proses diet ni ya.

  • BMR –> Basal Metabolic Rate
  • DCR –> Daily Calorie Requirement
  • DCI –> Daily Calorie Intake (sesetengah orang panggil mDCR ->modified DCR)

Secara ringkasnya, untuk turunkan berat badan awak perlu:

  1. Kira nilai BMR dan DCR awak (kalau malas nak kira manual boleh guna Calorie Calculator)
  2. Kira nilai DCI melalui Calorie Deficit dengan tolak 500kcal dari nilai DCR awak (DCI=DCR-500kcal)
  3. Kalau nilai DCI awak kurang dari BMR (cth: BMR 1200kcal, DCR 1600kcal, DCI 1100kcal) ada 2 cara untuk awak adjust nilai DCI awak
    • Cara 1: Kurangkan Calorie Deficit dari 500kcal kepada 300kcal @ 400kcal. Jadi awak akan dapat DCI 1300kcal @ 1200kcal
    • Cara 2: Besarkan nilai DCR dengan menambahkan rutin exercise dalam daily routine awak. Bila awak tambah kekerapan exercise, awak akan tinggikan Faktor Aktivity sekaligus akan menaikkan nilai DCR.
  4. Dah dapat nilai DCR yang baru, buat semula Calorie Deficit dengan menolak 500kcal dari nilai DCR untuk dapatkan DCI awak.
  5. Buat Daily Calorie Allowance dengan mengagihkan DCI awak kepada 5-6 meal sehari.
  6. Bina Meal plan minggu awak berdasarkan DCI dan Calorie Allowance harian.
  7. Beli barang dapur, masak dan makan mengikut Meal plan yang awak dah rancang tu supaya diet awak stay on track dan tak terbabas terus lemas di lautan makanan.
    • Kalau ada meal yang tak boleh ikut Meal plan pun tak apa asalkan awak disiplin follow calorie allowance awak. Meal berubah takpe janji calorie allowance untuk meal tu lebih kurang sama.
  8. Track progress misi diet awak dengan ambil timbangan berat, ukuran badan dan gambar whole body (boleh guna reflection pada cermin). Ambil semua ukuran ni seminggu sekali. Pilih 1 hari dalam seminggu sebagai hari mengukur dan sebaiknya awak ambil semua ukuran pagi-pagi selepas bangun tidur sebelum makan atau minum.
  9. Setiap kali berat turun 5kg, disarankan awak kira semula BMR, DCR dan DCI awak.
  10. Konsisten ulang kesemua langkah-langkah di atas sampailah awak dapat berat ideal awak.

 

Kalau awak boleh disiplinkan diri dan buat dengan konsisten, inshaAllah cepat atau lambat berat awak confirm akan turun sampai ke berat ideal awak. Yang penting enjoy dan have fun with your diet. Good Luck 🙂

Kalau awak rasa awak perlukan info yang lebih details, step by step macam mana nak start diet sihat ni, Aimi ada tuliskan satu ebook lengkap yang boleh membantu awak. Boleh baca info ebook Panduan Diet Cara DapurSihat. 

Scroll to top