Kira-kira Kalori

Dalam entry Kalori..Teman Karibmu sebelum ni, Aimi dah terangkan apa itu BMR, DCR dan DCI kan. Jadi awak dah faham kan? Kalau belum kena baca balik dan fahamkan ya. Dalam entry kali ni, Aimi nak ajar awak kira berapa nilai BMR dan DCR awak. 

Cara Kira BMR

Untuk lelaki: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) + 5
Untuk wanita: (10 x b) + (6.25 x t) – (5 x u) – 161

di mana

b = berat dalam kg
t = tinggi dalam cm
u = umur

Contoh: Aimi, berat 54kg, tinggi 153cm, umur 29 tahun

BMR Aimi = (10 x 54) + (6.25 x 153) – (5 x 29) – 161 = 1191 kcal

BMR

Cara Kira DCR

DCR = BMR x Faktor Aktiviti

Sedentary (little or no exercise) = BMR x 1.2
Lightly active (sports 1-3 days/week) = BMR x 1.375
Moderately active (sports 3-5 days/week) = BMR x 1.55
Very active (sports 6-7 days/week) = BMR x 1.725
Extra active (sports twice a day) = BMR x 1.9

Contoh: Aimi, BMR 1191, Faktor aktiviti Lightly active

DCR Aimi = 1191 x 1.375 = 1638 kcal

 

Kalau awak jenis tak suka nak kira-kira sendiri, awak boleh guna Calorie Calculator.  Sekarang awak dah tahu berapa nilai BMR dan DCR awak kan.

Kita recap balik ya. BMR adalah nilai kalori minimum yang diperlukan untuk badan awak berfungsi dengan sempurna. DCR adalah nilai maksimum yang badan awak perlukan untuk badan berfungsi mengambil kira kadar keaktifan harian.

Jadi macam mana nak kurus? Berapa kalori awak perlu ambil untuk turunkan berat badan. Aimi akan kongsikan dalam entry seterusnya Berapa Kalori Aku Perlu Untuk Kurus?

Scroll to top