Kalori..Teman Karibmu

Dalam entri sebelum ni Aimi dah cerita pasal KALORI kan. Awak dah faham dari mana datang kalori dan macam mana kalori digunakan oleh badan kita.

Sebelum ni dah sebut tapi Aimi nak sebut juga lagi sekali supaya awak boleh ingat sampai bila-bila. Kalori adalah asas berat badan kita. Sama ada berat kita naik atau turun atau maintain, semuanya mesti comes down pada kalori jugak.

Tapi macam mana kalori boleh mempengaruhi berat badan kita?

Untuk kita fahamkan perkaitan antara kalori dan berat badan, kita kena faham dulu 3 nilai kalori yang digunakan dalam proses weight loss ni iaitu:

  • BMR –> Basal Metabolic Rate
  • DCR –> Daily Calorie Requirement
  • DCI –> Daily Calorie Intake (juga dipanggil mDCR ->modified DCR)

 

Basal Metabolic Rate (BMR)

BMR adalah berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita untuk membolehkan kita bernafas dan terus hidup. Maksudnya kalau kata kita ni terbaring koma 24 jam, BMR adalah nilai kalori yang diperlukan badan untuk pastikan segala organ dan sistem tubuh badan kita mampu berfungsi. Jadi BMR adalah nilai paling minimum. Nilai BMR bergantung kepada umur, jantina, tinggi dan berat kita.

bmr

Daily Calorie Requirement (DCR)

DCR adalah berapa kalori yang diperlukan oleh badan kita untuk berfungsi mengikut tahap aktiviti harian kita. Maknanya nilai DCR mengambil kira faktor BMR (umur, jantina, tinggi, berat) dan ditambah dengan kadar keaktifan kita. Makin aktif makin tinggi nilai DCR.

Jadi kalau Individu A dan Individu B ada nilai BMR yang sama tapi A tak bersenam manakala B bersenam 3x seminggu, maka nilai DCR individu B akan lebih tinggi berbanding individu A. Sebab kadar keaktifan B lebih tinggi.

Daily Calorie Intake @ modified Daily Calorie Requirement (DCI @mDCR)

DCI @ mDCR adalah berapa kalori yang kita PERLU AMBIL untuk turunkan berat badan @ naikkan berat badan. Nilai DCI ni kita boleh dapat bila kita buat pengurangan kalori (calorie deficit). Nilai DCI inilah yang penting untuk kita tentukan bila nak start diet. Dan macam mana nak kira nilai DCI ni Aimi akan kongsikan dalam entry seterusnya ya.

 

calorie

Bila awak nak turunkan berat badan, memang penting untuk awak faham apa itu BMR, DCR dan DCI. Dan lagi penting untuk awak tahu berapa nilai BMR, DCR dan DCI awak. Dah tahu baru awak boleh proceed ke next step untuk journey diet awak. Kalau tak tahu tu bagi Aimi, awak macam orang yang tak reti berenang tapi nak terjun dalam laut tanpa pakai pelampung. Apa jadi? Lemas kan?

So demi tak nak awak lemas, Aimi akan ajar awak macam mana nak kira semua tu dalam entry seterusnya di Kira-Kira Kalori.

Scroll to top