tips kurus

Journey Diet DapurSihat

Assalamualaikum. Hai awak awak semua.

This entry will be about my weight loss journey dari 74kg ke 54kg dan dari size XL ke size S/M. Aimi rasa ramai orang especially mommies boleh relate to my story sebab struggle nak turunkan balik berat badan ni is real. Kalau nak kurus ni senang, tak lah Malaysia ni negara paling obese di Asia Tenggara kan?

tips kurus

Dari zaman muda remaja lagi, Aimi jenis yang concern dengan berat badan. So badan pun biasa je. Tak gemuk tak kurus. Bahasa diet nya kira BMI ideal lah kan. Tapi tu zaman kita tengah membesar, kita makan apa pun badan tak cepat naik. Metabolisme tinggi lagi.

But it changed after I got married. Masa tu belajar dekat oversea dan satu universiti, satu course dengan husband (boyfriend lah masa tu kan). So masa hujung tahun pertama, kami decide nak kahwin. Haa lepas kahwin tu lah start my struggle dengan berat badan ni.

Mentang-mentang dah kahwin, tak payah nak control image depan boyfriend dah kan, memang suka hati je nak makan. Few months lepas kahwin, berat naik 6kg dari 49kg ke 55kg.

Bila dah sedar tu lah, start acah-acah nak diet. Sebab dah sedar berat naik, lepas tu tak makan sesuka hati dah lah. Start control makan. So berat tak naik dah. Tapi berat jugak tak turun.

So sepanjang 3 tahun belajar dekat Uni tu memang 3 tahun tu la try nak turunkan balik 6kg tu. Pernah try few types of diet, pernah beli ubat kurus, pernah beli membership satu workout courses (mahal jugak lah). Tapi yes end up semua tu buat tak konsisten pun. So no result.

Hampir setahun lepas graduate, finally Aimi disahkan pregnant anak sulung. Mesti lah happy kan. At the end of my pregnancy, kalau tak silap berat cuma naik dalam 10kg. Within normal range je. So berat naik ke 65kg. Tapi masalahnya lepas dah bersalin, dah habis pantang dan berbulan-bulan lepas tu berat maintain dekat 60kg je. Ada lah try nak diet tapi tak bersungguh lagi sebab tak rasa macam gemuk sangat masa tu.

Then setahun lebih lepas tu, Aimi pregnant pula anak kedua. Dan at the end of my pregnancy kalau tak silap berat naik dalam 8-9kg je. Tapi still the same problem. Berat turun dan stuck dekat 65kg.

Okay masa tu memang dah rasa body besar. Bila buat aktiviti pun dah rasa cepat mengah. Masa anak kedua masuk umur setahun tu memang pulun lah nak kuruskan balik. Sebab masa tu fikir setiap kali pregnant je lekat 5kg. Kalau pregnant no 3, sure berat jadi 70g.

tips kurus

Woww scary je bila fikir macam tu. I can’t imagine macam mana rupa bila berat 70kg. So try diet. Which means makan makanan yang tipikal makanan diet lah kan. Tak sedap pun telan je lah. Tapi macam biasalah kita makan punya tak sedap, laki dekat sebelah makan kemain sedap. Mana nak tahan kan. So always kalah dengan godaan makanan.

Bila kita diet on off macam tu memang confirm takde kesan. Mula la makan ubat kurus. Masa tu pun Aimi memang jual Shaklee sebab consume dari masa pregnant dan breastfeed anak sulung lagi. So terfikir kenapa tak makan je supplement Shaklee yang set kurus tu.

Yes, Aimi consume lah set kurus Shaklee tu. Yang capsule, yang tablet, yang serbuk semua minum. Tapi sebab part makan tu still fail, makan lah supplement apa pun tak kan ada kesan jugak.

tips kurus

Dalam pada tengah struggle nak diet nak kurus tu, memang Aimi rasa makin terganggu emotionally dan mentally. Ya lah. Kite jenis orang jaga badan dari zaman muda. Bila kita rasa tak selesa, tak suka dengan badan sendiri, mau tak stress kan.

Masa tu pun Aimi memang tak suka dah tengok badan sendiri dalam cermin. Takat tengok muka nak pakai tudung tu boleh lah. Kalau nak tengok reflection whole body memang Aimi elakkan. Meja solek dalam bilik pun Aimi angkut simpan dalam stor. Punya tak nak tengok. Sebab rasa sedih bila tengok. Boleh jadi murung sehari. Lepas tu mula lah mood swing dengan anak-anak, dengan suami sendiri. I just hate looking at myself at that time.

Dan satu hari tu ada kawan Aimi post gambar dia dengan Aimi dekat Facebook. Dia tag Aimi. Gambar tu bila Aimi tengok rasa macam sedih sangat. Aimi nampak besar sangat. Sedangkan member dekat sebelah tu, itulah size Aimi dulu. So boleh bayangkan tak perasaan nya macam mana?

Then few days after tu, Aimi attend satu event. Masa event tu ada lah kawan datang tegur tanya “Aimi pregnant ke?”. Aduhh tu perkataan paling orang pempuan tak nak dengar kan bila kita ni sebenarnya tak pregnant pun. Aimi senyum je. Tapi dalam hati rasa malu, frust, sedih, stress semua ada.

Balik tu ada kawan forward gambar yang captured masa event tu. Ya Allah I looked so fat in that picture. Aimi macam tak percaya tu rupa Aimi. Aimi rasa macam tengah tengok orang lain yang ada iras-iras muka Aimi duduk sebelah suami Aimi sendiri. Aimi macam tak boleh kenal dah muka Aimi sendiri masa tu.

Sebab terkejut tengok gambar tu, Aimi terus pergi timbang berat. Dan lagi lah terkejut bila berat masa tu 69kg. Astaghfirullah Aimi.

“Kau belum beranak anak no 3 lagi berat kau dah nak masuk 70kg. Habis kalau kau beranak no 3 nanti berat kau jadi 75kg ke?”

Itulah monolog dalam diri Aimi masa tu. Seriously Aimi rasa sedih dan frust sangat dengan diri sendiri. I felt awful.

Aimi fikir “What have I done to myself?”

Masa tu jugak lah Aimi nekad nak kurus balik. Macam nak menangis Aimi cakap dengan husband masa tu.

“Abang, please don’t get me pregnant again. Not yet. Aimi nak kuruskan badan dulu. Pleaseeee”

So start lah misi diet. Kali ni Aimi try Diet Atkins. Sebab tengok macam ramai orang boleh turun berat cepat dengan Atkins. Kurus cepat siapa tak nak kan? Aimi pun start Fasa 1 Atkins. Tapi malangnya bertahan 10 hari je. Seksa rasa. Pendek kata tak boleh nak terima jenis makanan yang dibenarkan dalam fasa 1. Memang orang yang boleh bertahan dengan Atkins ni bagi Aimi cukup power.

Dalam 10 hari tu jugak, Aimi pulun exercise dan dalam masa sama Aimi ambil ubat kurus. Haha mesti awak fikir tak serik lagi dia ni kan. Haa memang tak serik pun. Nak kurus cepat. Masa tu Aimi minum Negative Calorie (serbuk bancuh dan minum). Tapi uweekkk tak sedap. Macam jus rumput. Aimi minum gaya Pak Belalang tau tak. Tutup hidung telan glup glup glup sampai habis.

Lepas tu makan jamu apa entah nama dah lupa. Combo dengan Negative calorie la sebab seller tu jual 1 set macam tu. Dalam masa sama jugak Aimi still consume set kurus Shaklee. Omega guard, Lecithin, Alfalfa, Herblax (yang ni saje dalam 38 biji total). Dan ambil juga set asas lain macam Vitalea, Vitamin C, B-complex (yang ni bukan set kurus). Dan ambil tambahan protein shake ESP dan Cinch.

Wowww awak nak kira ke berapa banyak supplement or ubat kurus Aimi telan? Awak nak kira berapa RM yang Aimi spend? Tak payah kira lah. Kita tengok result je ya.

tips kurus

Hasilnya Aimi berjaya lah turun 5kg dalam 10 hari tu. Power kan. Haaa result macam tu la best. Yang mana betul-betul membantu dengan weight loss tu Aimi kurang pasti. Tapi Aimi rasa kombinasi Atkins dan exercise.

Sebab lepas Aimi stop Atkins dan stop exercise (dah tak larat), berat terus naik balik.

Apa cerita supplement pulak?

Yang Negative calorie tu Aimi minum dalam seminggu je then stop. Tak lalu awak. Tak mampu paksa diri. Yang jamu teruskan. Shaklee pun teruskan.

Tapi lepas tu Aimi start rasa semacam. Dan my instinct was telling me something. And yes I was right. Buat UPT, dan result positif. Pergi check doktor, we found out Aimi tengah pregnant 8 minggu. Dan pada masa sama jugak, Aimi dapat tahu jamu yang Aimi ambil tu sebenarnya produk di bawah larangan KKM sebab ada bahan kimia merbahaya.

Awak boleh bayangkan perasaan Aimi macam mana? Tak ready nak ada anak lagi, tau-tau tengah pregnant. Then tahu pulak, ada makan produk yang merbahaya dalam pada tengah bawak baby dalam perut. Tak ready pun tapi sebagai seorang ibu, awak boleh bayangkan apa Aimi rasa? Yes, rasa bersalah sangat dengan baby.

So my 3rd pregnancy was unexpected, unplanned. Aimi terima rezeki Allah dengan mixed feeling. Sepanjang pregnancy kejap happy, kejap tak happy. Tapi one thing je Aimi always fikir “Habis lah, berat makin naik lah lepas ni”

Kebetulan pulak masa mengandung anak ketiga ni, Aimi dengan husband diuji dengan masalah kewangan dan masalah bisnes. Agak teruk lah situasi kami masa tu. Dan masalah-masalah tu semua juga buat Aimi jadi murung dan stress.

Dan semakin ke hujung pregnancy, baby makin besar, perut makin besar, memang Aimi rasa betapa sakitnya nak bawak badan yang makin membesar ni. Pendek kata pregnant anak ketiga ni, hebat sikit ujian Allah bagi. Tapi masa tu lah Aimi nekad, lepas bersalin nanti nak kurus balik.

Aimi banyak spend masa baca pasal diet untuk ibu berpantang. Aimi tau kalau pantang betul-betul boleh kurus. Lagi pun 2x pantang sebelum ni Aimi tak pantang pun. Suka hati nak makan apa, adat-adat pantang habis semua langgar. Jadi Aimi percaya sebab tak pantang betul-betul lah berat yang naik masa pregnant tu tak turun habis.

Kita fast forward cerita ya. Lepas bersalin anak ketiga, Aimi pantang betul-betul. Makan strictly lauk pauk pantang je. Dengan bengkung, ubat baru, bertungku, air akar kayu semua buat. Semangat tau nak kurus.

tips kurus

Hari ke 30 pantang, tak boleh tahan dah nak timbang berat. Nak tau dah kurus ke belum. Aimi expect paling hampeh pun turun 10 kg je pun cukup lah. Orang lain turun 20-30 kg pun ada tau. Panjat atas penimbang, sekali tengok berat turun 5 kg.

Aduhai frustrated rasa. 5 kg je. Padahal kemain jaga makan, kemain seksa tahan berbengkung bagai. Rasa macam penat sangat. Dah la berpantang sendiri, semua benda buat sendiri. Bukannya tadah je badan orang tolong buatkan. After went through with all the hassle, turun 5 kg je???

Frust sangat masa tu. Aimi memang terus rasa give up. Aimi rasa memang Aimi ni baka kalau dah gemuk, mimpi je lah nak kurus balik. Masa tu malas dah nak fikir pasal nak kurus. I had enough.

But then something happened. Kan Aimi cerita masa mengandung anak ketiga ni, banyak ujian pada kami suami isteri especially dari segi kewangan dan bisnes. So biasa lah masa berpantang ni Aimi terbawa-bawa emosi dan keep on fikir macam-macam masalah. Tak cukup stress dengan kurus, fikir lagi masalah-masalah lain kan. So double triple stress.

Dan diuji pulak dengan baby colic masa tu. Baby colic ni kan kerja dia menangis je. Asal celik mata je dia nangis. Ada sebabnya dia nangis tapi kita tak tahu, so kita tak boleh nak tolong bagi dia selesa. Kalau Aimi ingat balik memang stressful betul masa berpantang dulu. Satu pengalaman yang Aimi tak nak repeat lagi sekali dah.

Aimi selalu menangis bila duduk sorang-sorang. Kadang-kadang kenapa menangis pun Aimi tak tahu. Dan Aimi tak tahu ni semua simptom-simptom awal MEROYAN.

Ya awak. Aimi terkena angin meroyan masa berpantang anak ketiga. Cuma Alhamdulillah tak teruk. Tapi tak teruk pun ada jugak ceritanya tau.

Satu malam tu husband keluar pergi kedai beli barang. Aimi duduk rumah sorang dengan 3 stooges tu lah. Masa tu baby menangis menjerit tak henti-henti, anak lagi 2 orang pun masing-masing buat perangai nak attention kot.

Aimi jadi stress. Masa tu banyak kali Aimi fikir nak ambil bantal pekup muka baby bagi senyap. Aimi menjerit-jerit marah dekat anak lagi 2 orang. Tengah berperang dengan suara dalaman tu, husband balik. Dia masuk je dalam rumah, Aimi terus campak baby dekat dia.

Memang campak betul tau. Nasib baik husband sempat sambut. Lepas tu Aimi terus terduduk menangis sesungguh hati. Dekat setengah jam menangis tak boleh stop.

tips kurus

Dipendekkan cerita, Aimi tak nafikan antara punca stress masa tu adalah berat badan sendiri. Aimi jadi benci dengan diri sendiri, hilang terus self-confidence. Rasa rendah diri sangat depan husband. Rasa macam tak layak jadi isteri dia sebab badan dah besar padahal husband tak pernah complaint apa pun. Rasa malu bila nak keluar rumah. Tak happy langsung dengan diri sendiri.

Malam tu lah Aimi nekad nak kuruskan balik badan. Bukan kurus sebab nak nampak cantik dah. Tapi kurus sebab nak happy balik. Nak ada self-confidence balik. Nak rasa comfortable dengan diri sendiri. Nak rasa sayang dengan diri sendiri. Nak sihat balik baik emotionally or physically. Aimi nak kurus untuk diri sendiri.

Itulah start perjalanan Aimi ubah cara makan dan ubah lifestyle Aimi sekeluarga ke arah pemakanan yang lebih sihat. Mungkin tak clean pun lagi. Tapi lebih sihat berbanding dulu. Aimi cuma ubah cara makan. Dan hasilnya turun 20kg.

Now paling penting I feel comfortable with myself. I can look in the mirror, smile and feeling proud and happy with myself. Itulah yang kejayaan paling besar dalam journey diet DapurSihat ni.

Dan sebab tu Aimi nak berkongsi cara diet DapurSihat ni dengan lebih ramai orang. Sebab bagi Aimi, everybody deserves to feel happy and proud with themselves. Everyone deserves happiness from within.

Dan melalui journey Aimi dengan Diet DapurSihat ni, Aimi yakin 100% nak kurus ni bukan susah pun sebenarnya bila kita tahu cara yang betul, cara yang fun dan relax untuk kurus. Kita je suka cari cara susah dan menyusahkan diri sendiri. So Aimi nak lagi ramai orang boleh turunkan berat badan dengan seronok melalui Diet DapurSihat.

tips kurus

“Aku nak jadi ibu yang sihat mental, sihat emosi dan sihat fizikal sebab aku sayang anak-anak aku” (Aimi, Diet DapurSihat, 2016)

Scroll to top