kalori

Cerita Kalori

KALORI

Awak biasa dengar atau tak biasa dengar nama KALORI ni? Kalau dah biasa dengar, baguslah. Tapi kalau tak biasa sila lah biasakan diri. Sebab sama ada awak nak turunkan berat badan atau naikkan berat badan atau maintain kan berat badan pun, semuanya comes down to KALORI.

Dan KALORI ni adalah asas kepada berat badan. Kita naik berat sebab terlebih kalori. Kita turun berat sebab kita kurangkan kalori. Kita maintain berat sebab kita ambil kalori cukup-cukup dengan keperluan badan kita. Boleh faham?

Jadi knowledge pasal KALORI ni adalah benda pertama yang awak kena faham bila awak nak mulakan misi diet awak tu.

KALORI adalah satu unit tenaga yang ada dalam makanan atau minuman  yang jadi sumber tenaga untuk badan kita berfungsi. Kalau nak mudah faham, makin besar nilai kalori makanan kita ambil tu, makin besar nilai tenaga boleh dibekalkan pada badan kita.

 

kalori

Kita biasa sebut atau tulis KALORI ni sebagai ‘kcal’. Nilai kalori dalam makanan kita datangnya dari 3 sumber makronutrients iaitu:

  • Karbohidrat –> 1 g karbohidrat bekalkan 4kcal
  • Protein –> 1 g protein bekalkan 4kcal
  • Lemak –> 1 g lemak bekalkan 9kcal

Apa sahaja makanan atau minuman yang kita ambil selagi ada mana-mana komponen makronutrients di dalamnya, then akan ada nilai KALORI.

kalori

Jadi katalah kita makan 1 ketul muffin dan berdasarkan label Nutrition Fact pada muffin tu tertulis 1 ketul muffin tu ada 5g Karbohidrat, 2g Protein dan 10g Lemak. Dari situ kita tahulah:

  • Nilai kcal 1 ketul muffin = (5g x 4kcal) + (2g x 4kcal) + (10g x 9kcal) = 118kcal (90kcal datang dari lemak)

Tapi selalunya nilai kcal ni kita boleh dapat dari label Nutrition fact pada packaging. Tak perlu pun nak kira. Melainkan meal yang kita masak sendiri. Tapi ni inshaAllah Aimi share dalam entry lain lah ya.

Okay so awak dah faham dari mana datangnya KALORI yang masuk dalam badan kita. Jadi Aimi nak awak faham pula macam mana caranya KALORI ni keluar.

Ingatkan tadi Aimi dah bagi tau yang KALORI ni adalah satu unit tenaga. Jadi setiap aktiviti yang badan kita buat perlukan tenaga. Even kalau kita terbaring koma atas katil 24 jam pun, badan kita tetap membakar tenaga untuk pastikan semua organ badan berfungsi dan kita terus bernafas. Kalau kita sihat walafiat dan aktif bergerak ke sana sini, then lagi banyaklah KALORI akan dibakar untuk bekalkan tenaga supaya badan berfungsi.

Basically, kita makan, KALORI masuk dalam badan. Then badan bakar semula untuk bekalkan tenaga pada badan kita. Boleh faham kan?

So awak dah tahu dari mana datang kalori dan macam mana kalori digunakan. Tapi apa kaitannya pula antara KALORI dengan BERAT BADAN? Jom baca di entry seterusnya di Kalori..Teman Karibmu.

Scroll to top